Friday, January 27, 2017

TRAVELOG MUSAFIR #3

pada hari ke 3, kami berpecah. satu team ikut kak F. d.an aku ikut kak Z. pada hari ni, ikut kak Z g ziarah sorang adik yang taklah commit sangat. tapi ok je adik ni untuk usrah online. bagus kan?? but, satu benda yang bermain-main kat fikiran aku, which is...

 "kenapa still follow up after 4 month still tak mampu commit??"

and the answer is...

"sebab akak yakin neraca pandangnya akan berubah bila dia dah betul2 commit"

kagum dengan how yakinnya akak ni terhadap adiknya. harapan seorang murabbi terhadap mad'unya. sebab pada satu state, dia tahu dia belum lagi berbuat sehabis baik untuk mad'unya hingga tak memungkinkannya untuk berputus asa dengan ALLAH. memang hidayah itu milik allah. namun manusia juga perlu memgusahakannya.

kemudian, aku tanya tentang plannya untuk waktu terdekat. sisa-sisa cutinya ternyata hanya untuk tujuan dia diciptakan. memang tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada. maka waktu perlu direncanakan sebaik mungkin!!

hah satu lagi! semasa menziarahi keluarga adiknya, ada satu lagi soalan yang buatkan aku tertarik.

"busy tak awak belajar medic?"
"boleh lah. cuma kena raji  sikit lah"

ambil kos yang aku kira bukan satu kos yang mudah, yang sangat menuntut masa-masanya, juga tenaga, mungkin saja bisa membuatkan jasad terkulai lemah. tapi jiwa-jiwa yang ikhlas tunduk pad a allah tak pernah gagal memberi energi pada jasadnya.

pada waktu malam, ada sedikit perkongsian dengan akhwat lain di RI yang lain pula. petang itu, kami dijemput oleh ukhti yang lain, ukhti T. ukhti T baru sahaja pulang dari jaulahnya ke ACHEH. digambarkan acheh umpama zaman fasa mekah. dimana pakaian mereka belum lagi menutup aurat secara sepenuhnya, namun punya keimanan yang mendalam, kerana dilihat sentiasa memberi peringatan terhadap allah. mungkin kerana tanah mereka pernah ditimpa tsunami, membuatkan hati-hati mereka sentiasa mengingati ALLAH??

jika ditanya pada aku, siapa yang tak ingin hati yang begitu? hati yang sentiasa ada allah di setiap helanya. di setiap rongga-rongganya. adakah kita perlu diuji dulu baru terhegeh-hegeh mengingati allah??

Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk mengkhusyukkan hati mereka dengan mengingati Allah (berzikrullah).”              
                                                                                                 (Surah al-Hadid, ayat: 16)

pada malam itu, malam-malam kami diisi dengan sesi perkongsian tentang waqi' lain. melihat waqi' lain yang begitu laju dalam membina individu muslim, memotivasikan lagi diri untuk terus berbuat. masih ramai lagi manusia yang sedang menanti-nanti risalah unggul ini!!

TRAVELOG MUSAFIR #2

hari kedua musafir aku dimulai dengan sesi sarapan di sebuah kedai makan. kemudian g jalan-jalan sikit sebelum singgah lagi ke RI lain. sempat lagi kami jalan-jalan di sekitar UTM. kemudian dalam jam 2, bertolak ke Serdang.

jazakillahu khair aten dan kak anis melayan kami sepanjang berada di johor

perjalanan memakan masa selama lebih kurang 4 jam. sepanjang perjalanan, sempat habiskan satu bab haza deen, MANHAJ UNTUK MANUSIA.

OK meh nak share sikit benda yang paling terkesan dalam bab ni. why dikatanan ini adalah manhaj untuk manusia? kerana manhaj ni dicipta sesuai dengan fitrah manusia. secara logiknya kita melihat bahawa semua hasil akan datang apabila seorang manusia itu berusaha. maka itulah yang dihighlightkan dalam bab ni. agama ini adalah sesuatu yang perlu diusahakan. ia takkan bangkit dengan sendirinya. AGAMA INI BUKAN AGAMA MAGIK!! allah ingin sekali agama ini dijayakan oleh manusia, bangkitkan agama ini bergantung kepada usaha manusia, namun tetap atas izin allah.
*nak tahu lebih boleh baca sendiri*

sampai je jumpa kak amal kat ktm, 

is currently tunggu ktm sampai. 

then sampai TBS ptg dah. malam kami ke RI di area serdang. sampai je. tiba-tiba ada request untuk sharing pada mlm ni. sama2 berkongsi pengalaman sepanjang ditarbiyah dengan adik2 UM. agak lewat jugak sebenarnya. tapi bila kita sendiri dah jelas dengan tujuan hidup kita, sepatutnya takde alasan dah untuk tidur ke so on. jasad yang longlai tu hasil daripada hati yang takde keinginan yang kuat.

bila share pengalaman tarbiyah, teringat dulu sangat banyak kerenah. pada phase awal ditarbiyah. tapi seorang murabbi tu tetap sabar dalam membina diri aku ni, sampailah aku menjadi diri aku yang sekarang. seorang murabbi tu, hanyalah penyambung kepada rantaian dakwah rasulullah. maka apabila dah sampai pun baton kepada kita, adakah kita nak bermain2 lagi dengan masalah diri yang tak berkesudahan?? sengaja lagi taknak pass baton tu?? maka kitalah yang akan mengehntikan rantaian dakwah ini.

dalam surah al fajr, pada hakikat ke 2, bila allah menceritakan tentang kaum-kaum yang dibinasakan. why?? sebab kaum2 tak disibukkan dengan tujuan hidup. hanya menurut hawa nafsu mereka sendiri sehingga lupa tujuan diciptakan. walhal, ditengah2 mereka adanya nabi yang memberikan peringatan.

TRAVELOG MUSAFIR #1

bismillahirrahirrahmanirrahim...perjalanan bermula pada 19/1/2017. betul2 selepas daurah kami yang habis pada 18 hb. 

flight kami pada jam 10.10 am +-. tapi sebelum bermulanya perjalanan musafir kami, macam2 yang berlaku sepanjang perjalanan tu. ada akhwat yang diuji. pada side tu, as daie, aku tak melihat apa yang allah sedang uji orang lain, tapi apa yang allah nak ajar aku melalui peristiwa-peristiwa sekeliling. 

tapi sebelum tu, bila fikir yang susah betul nak reach akhwat luar, hampir buat aku rasa nak balikkk terus. sebab rasa macam susah sangat nak urus banyak benda, tapi disebabkan aku tahu aku perlu cari sesuatu, perjalanan ni perlu diteruskan. 

dalam 12.50 pm, alhamdulillah sampai johor. dijemput oleh seorang ukhti. kemudian, ke rumahnya dulu. jumpa dulu parentsnya. macam2 pesanan yang dititipkan. maklumlah. ibukan. tapi yang paling terkesan bila ibu ukhti ni bagitahu

"kalau nak buat baik, tak boleh tangguh2"

yeap. hidup kita pun kita tak tahu takat mana kan. garis masa kita pun tak tahu mana penghujungnya, macam hadis kotak. 

then, kami pergi ke RI di johor. best. banyak jumpa akhawat yang umur tarbiyah lebih kurang je. tapi cara percakapan yang sangat matang. antara soalan yang ditanya kat ukhti S ialah macam mana kita nak mantapkan fikrah kita. memang jawapan tipikal lah kot. 

baca buku,  share , recheck kefahaman 

but another mainpoint is, recheck dengan murabbi. buku tu sesuai untuk dibaca ataupun tak. antara paling emnarik ialah bila dapat tahu macam mana bahan an-nas boleh dimanipulate untuk dijadikan bahan dalam taalim. then, malam g ziarah rumah alia adik qiram.

overall, sepanjang muayasyah dengan akhwat johor, dapat tengok macam mana cara kakak2 jadi diri sendiri depan adik2. kalau aku sendiri, kadang2, jadi macam orang lain depan adik2. 

rumah alia..maknye best..sgt welcoming


masa makan2 pagi dengan kak anis. 

♥...MENARIK...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...